. Photo blogging made easy - fotopages.com" /> Selamat Datang Ke Dunia Sulaman Manik, Labuci & Benang@Noramanik</p><embed src="http://www.noramanik.net/swf/tag09052010.swf" width="600" height="500"> - Fotopages.com



Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]



Mail this Foto to a friend



< Previous
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Tuesday, 28-Dec-2010 01:14
BEADS ON LACE - KAK ILA
Baju ni milik mak pengantin baru. Saya diberi masa kurang dari seminggu untuk menyiapkannyer. Kalau diikutkan memang tak sempat masanya sebab bukannya boleh 'sembarangan' tepek manik labuci pada bunga2 / daun2 yang terdapat pada kain lace. Saya pernah tanya pendapat seorang kakak yang amat luas pengalamannya dalam bidang sulaman nih, antara kerja2 rumit apabila nak jahit beads nih bila kita kena highlight bunga2 di baju kurung, dan juga jahit manik di kain lace. Yesszer, memang saya amat setuju dengan pendapat beliau.

Namun atas dasar pertimbangan dan kesederhanaan Kak Ila yang tak nak bajunya mengalahkan baju pengantin anak ;-) , saya disuruh jahit manik bahagian hujung2 lengan baju dan bahagian bawah baju (depan sahaja). Kalau ada masa baru hightlight bunga katanya. Bila dah siap jahit manik di bahagian hujung lengan dan badan, rasa tak naik pulak seri baju tuh bila takde manik di bahagian bunga di badan. Hmmm.... dengan sisa masa yang masih berbaki lagi tuh, saya tabahkan hati ( :P ) menjahit manik2 di bahagian bunga di hujung bawah baju dan tangan. Baru saya rasa puas hati. Kalau diikutkan hati memang nak tambah lagi dan lagi, tapi alahai udah2lah tuh... mau mak pengantin nih menangis nanti sampai melimpah air tasik di tepi Dewan Serbaguna Taman Tasik Ampang Hilir tuh. LOL

Apapun, alhamdulillah, Kak Ila berpuas hati dengan hasil yang diberi. Nampak berseri2 bila memakai warna yang sedondon bersama suami.

Syukran syukran menerima ahli keluarga baru. Buat Nana n Fazly, semoga bersabar menempuh alam perkahwinan, agar bahagia dan berkekalan jodoh hingga ke hujung nyawa. Amin..



© Pidgin Technologies Ltd. 2016